
TESLA CYBERTRUCK KONFEM TAK LEPAS KE EROPAH
Trak pikap Tesla Cybertruck tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Setiap perincian mengenainya mendapat perhatian termasuklah gayaan pelik, saiz yang besar dan sermin tingkap kalis peluru.
Sebelum ini kita pernah melihat ia dipandu sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dan melanggar papan tanda jalan selepas keluar dari sebuah restoran.
Trak besar itu pasti sukar dipandu di Eropah. Berdasarkan kepada laporan Automobilwoche, jentera itu mungkin diharamkan terus di sana.

Seorang pakar yang bertanggungjawab ke atas aspek homologasi kenderaan di SGS-TÜV Saar GmbH, Stefan Teller memberitahu mustahil Tesla boleh menjual Cybertruck dalam keadannya sekarang di Eoopah.
Trak itu perlu menjalani modifikasi besar ke atas struktur asasnya kerana konsep asas Tesla bercanggah dengan falfasah keselamatan Eropah. Penumpang mungkin rasa selamat, tetapi mereka sebenarnya tidak.
Perbezaan standard persijilan yang ada dalam garis panduan homologasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sangat berbeza. Di AS, pengeluar menghasilkan kenderaan yang boleh dipandu di atas jalan raya dan ia diperiksa oleh pelbagai agensi secara rawak.
Sedangkan di Eropah, terdapat 50 hingga 60 garis panduan yang perlu dilihat pada sesebuah kenderaan. Bagaimana trak pikap diuji juga sangat berbeza, di AS model tugas ringan dikecualikan daripada ciri perlindungan pejalan kaki dan sistem keselamatan pasif.
“Bahagian hadapan kenderaan mestilah tidak keras. Bampar dan hud mestilah boleh menyerap hentakan untuk melindungi pejalan kaki. Tetapi Cybertruck menggunakan besi tahan karat yang keras pada badannya. Jadi, tidak ada yang kemek jika berlaku kemalangan, sekali gus memberi impakkuat ke atas penumpang.
“Dalam keadaan ini, beg udara pun tidak boleh membantu. Maka, badan Cybertruck akan menjadi halangan utama dari segi keselamatan,” jelas Teller.
Tesla bagaimanapun mungkin boleh memasuki pasaran Eropah dengan menawarkannya sebagai kenderaan berperisai. Tetapi jumlahya pasti tidak banyak.