Artikel Pilihan

PATEN KERETA SPORT MAZDA TERTIRIS DI INTERNET

Minggu lepas, peminat dunia automotif gempar apabila secara tidak sengaja menemui logo R yang dipatenkan oleh Mazda. Pada minggu ini pula satu lagi fail paten yang menunjukkan perincian skematik yang jelas berkenaan rekaan terbaru kereta sport Mazda telah ditemui dan dilaporkan oleh laman web Jalopnik

Sebanyak 14 paten telah difailkan oleh Mazda berkenaan struktur sebuah kereta sport, rekaan bahagian belakang serta sistem suspensi bagi sebuah kereta sport dengan rekaan yang hampir sama pada sebuah model kereta konsep yang pernah dihasilkan oleh Mazda pada tahun 2015

Walaupun paten kereta sport RX ini telah difailkan, ia masih tidak boleh dijadikan asas dakwaan yang mengatkan Mazda sedia untuk menghasilkan kereta sport ini secara besar-besaran. Namun pada masa yang sama ia menunjukkan kesungguhan Mazda dalam penyelidikan berterusan untuk menghasilkan kereta sport

Paten yang difailkan adalah khusus kepada struktur cesi dan mekanisme suspensi yang boleh menyokong ketegaran yang diperlukan oleh kereta sport tersebut untuk menghantar beban pergerakan dari tayar kepada pillatr dan juga bahagian sisi cesi. Ketegaran suspensi belakang adalah fokus utama paten yang difailkan oleh Mazda

Walaupun Mazda RX-Vision dikatakan akan menggunakan sistem trenkuasa enjin 4 rotor yang dipadankan dengan technology SkyActiv-X serta sistem pacuan belakang, namun penggunaan enjin rotari bagi model ini masih lagi samar. Sesetengah pakar berpendapat kereta sport RX Vision akan dihasilkan sebagai EV dengan enjin rotari bertindak sebagai range extander

Google ads
Back to top button