,
Buletin

PEMANDU TUNDA TAB MANDIAN PANAS GUNA PORSCHE 968 DISAMAN

Asal boleh. Seorang pemilik Porsche 968 disaman Jabatan Polis Woodstock, Kanada kerana menunda sebuah tab mandian panas menggunakan kereta sports miliknya.

Biarpun Porsche ada menawarkan tiga model crossover, tetapi lelaki berusia 58 tahun itu nampaknya lebih selesa memilih menunda barangan menggunakan Porsche 968.

Menurut laman Facebook Jabatan Polis Woodstock Kanada, pemandu berkenaan ditahan kerana sangat jelas bahawa tab panas itu terlalu besar untuk disumbat di belakang kereta.

Jadi, dia menggunakan treler roda sementara di bahagian belakang Porsche untuk menunda tab panas tersebut.

Tindakan lelaki itu mencetuskan kebimbangan khalayak sehingga memaksa mereka membuat laporan polis.

Pemandu tersebut disaman kerana kecuaian memandu. Pihak polis berkongsi insiden itu di laman social Facebook untuk mengingatkan orang ramai agar menunda dengan selamat.

Konstabel polis, D’Annibale berkata, tab panas berkenaan mungkin boleh tercabut daripada treler sementara buatan sendiri itu.

“Jadia, ia boleh mengakibatkan kerosakan dan kecederaan serius kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – carscoops.

Tags
Google ads
Back to top button