Artikel PilihanMotosikal

LORONG MOTOSIKAL BOLEH MEMBUNUH!

Banyak sangat benda benda bahaya yang ada di laluan khas untuk motosikal. Sesetengah laluan motosikal di expressway pula dibina sekadar lepas batuk di tangga.

Kalau nak disenaraikan bahaya rintangan banyaklah. Belum kira lagi laluan di terowong dan lokasi sunyi. Kes kes rompak.

Paling saya takut. Besi ni.

Divider jalan dalam foto. Bukan bahagian depan divider. Tapi bahagian belakang yang ada kaki kaki besi divider. Sebab bahagian ni menghadap laluan motosikal.

Betul rapat dengan jalan motosikal. Jaraknya tak sampai selangkah.

Divider ni seumpama pisau tajam.

Kata mereka. Bawa slowlah. Ok je semua…

Ni nak roger sikit.

Contoh. Cuba jogging tepi besi ni. Kemudian buat lompatan terjun junam badan ke atas besi tu. Kita tengok apa berlaku kat badan atau kepala mana yang kena dulu dekat bucu bucu tajam besi padu tu.

Jogging berapa kelajuan ?

Average speed motosikal lalu di laluan ni diantara 40 ke 70km sejam. Lebih dari tu saya tak tau lah. Cuba bawa 40km sejam. Menangis jugaklah nak sampai destinasi.

Katakan dengan 40km sejam tu pun terbabas dan badan tercampak ke besi divider. Parah jugak. Boleh cecah ke kes maut kalau terhempap di mana mana organ badan kita contoh leher. Boleh terkepak.

Ya. Kita berhati hati. Masuk je lane motosikal ni kita ikut rule. Tak laju. Tapi malang tak berbau. Dah elok. Mungkin tersadong sikit atau apa jua sebab remeh temeh. Kecelakaan besar menanti kalau terbabas ke arah divider besi yang betul rapat dengan jalan. Tak sampai selangkah pun.

Nak taknak. Kena juga lalu. Patuhi undang undang. Terus terang. Dua kali saya kena saman sebab tak lalu di laluan ni. Masa tu saya Ride Superbike. Saya kata. Samanlah. Saya bayar.

ERWIN AFANDI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button