Buletin

PELANCARAN MODEL KETIGA JETTA VS7 DITANGGUH. HARGA BERMULA RM63.5K DI CHINA

Model baharu crossover kompak Volkswagen, VS7 yang menggunakan jenama Jetta bakal ditangguh pelancarannya di China.

Tindakan ini dibuat ekoran wabak COVID-19 yang semakin merebak di negara tersebut. Pelancarannya sebelum ini dijadualkan pada 20 Mac depan.  

Menjelang tarikh pelancaran itu, FAW-Volkswagen iaitu sebuah syarikat kerjasama di antara VW Group dan China FAW Group memberitahu mereka akan menyerahkan 2,020 unit VS7 kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan

VS7 ditawarkan pada harga bermula AS$15,260 (RM63,500) di China.

Jentera itu dibangunkan di atas platform MQB Volkswagen dan dikuasakan oleh  enjin bersesaran 1.4-liter EA211 turbo dengan kotak gear enam kelajuan.

Jarak di antara bahagian depan kenderaan dan gandar roda belakang berukuran 2,730mm. Panjang kenderaan adalah 4,624mm, dengan lebar 1,841mm dan ketinggian 1,644mm.

Seperti dua lagi model Jetta iaitu sedan kompak VA3 dan crossover kompak VS5, VS7 dibina di kilang FAW-VW di Chengdu, China.

Jetta diperkenalkan sebagai sub-jenama Volkswagen untuk meningkatkan penguasaan dalam pasaran kenderaan entry-level.

Disasarkan kepada pelanggan berpendapatan sederhana, Jetta terpaksa bersaing sengit dengan jenama China yang ditawarkan pada harga rendah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button