Buletin

TRIUMPH THRUXTON RS 2020. GAYA RETRO, 105PS. BERMULA RM86,900 SEUNIT

Triumph dapat dikenali dengan tiga gabungan perkataan iaitu ketepatan, kesenian dan kejuruteraan. Jenama ikonik British ini sentiasa menampilkan motosikal dengan gaya tersendiri dan tidak pernah gagal menarik perhatian.  

Bagi mengujakan pasaran motosikal berkuasa tinggi tempatan, Fast Bikes yang merupakan pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia hari ini melancarkan Thruxton RS 2020.

Dari segi penampilan, Thruxton RS nyata ringkas, namun amat menarik. Meskipun bergaya retro, model ini masih mengekalkan DNA Triumph. Jentera itu ditawarkan pada harga bermula RM86,900 seunit.

Thruxton RS 2020 dikuasakan oleh enjin bersesaran 1,200cc yang telah dipertingkatkan. Ia kini mampu menjana kuasa mencecah 105PS dan tork puncak 112Nm.

Disifatkan sebagai lebih responsif, enjin itu turut digunakan pada Triumph Speed Twin. Janaan kuasa dipertingkatkan dengan pergerakan crankshaft inertia-rendah, kepala silinder mampatan tinggi, kemasan porting dan sistem aliran udara kedua.

Penunggang boleh memilih tiga mode tunggangan berbeza iaitu Sport, Road dan Rain. Prestasi tunggangan jentara yang 6kg lebih ringan berbanding model terdhulu itu diserlahkan menerusi penggunaan sistem suspensi Showa dan Ohlins.

Dari segi keselamatan, motosikal itu dilengkapi sistem brek ABS dengan angkup monoblok Brembo M50 dan kawalan cengkaman.

Bagi kapasiti tangki minyak pula, pengguna tidak perlu risau kerana Thruxton RS hadir dengan tangki 14.5-liter. Kadar enggunaan bahan api adalah sekitar 4.9 liter bagi setiap 100km.

Thruxton RS didatangkan dakam dua pilihan warna iaitu hitam dan kelabu/perak matte.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button