Buletin

STANDARD NINE BERUSIA 90 TAHUN MILIK PUTERA PHILIP TARIKAN MUZIUM DI SRI LANKA

Sebuah jentera Standard Nine tahun 1935 milik mendiang Putera Philip menjadi tarikan sebuah muzium di Sri Lanka.

Semasa hidup baginda, Putera Philip yang lalu memakai gelaran Duke of Edinburgh amat meminati kereta. Baginda telah membeli kereta 1935 Standard Nine pada  harga £12 (RM68) semasa berkhidmat dengan Tentera Laut Ditahan Britain pada 1940.

“Sekembalinya mendiang ke Colombo pada tahun 1950-an, baginda datang dan melihat kereta itu,” kata Sanjeev Gardiner yang menyimpan kenderaan tersebut di hotel miliknya, Hotel Galle Face di Colombo.

“Sebaik sahaja melihat kenderaan itu, baginda berharap brek pada kenderaan itu berfungsi kerana ia tidak berfungsi sebelum ini,” ujarnya.

Menurut Sanjeev, Putera Philip mengakui Standard Nine merupakan kenderaan pertama dibelinya.

Baginda juga merupakan penaung kelab Standard Motor Car.

Hotel milik Sanjeev yang merupakan antara hotel dengan konsep kolonial Britain tertua di Colombo telah membina sebuah muzium di dalamnya bagi menempatkan kereta sedan berwarna hitam dan kelabu itu untuk tatapan pengunjung.

Berdasarkan rekod muzium, Putera Philip pertama kali memandu kenderaan itu dari Colombo ke pangkalan tentera laut di Trincomalee dengan jarak sejauh 260 kilometer. 

Kereta itu yang memiliki jarak pemanduan 93,040 kilometer dan telah dibaik pulih beberapa kali masih boleh digunakan namun kos insurans yang tinggi  menyebabkan ia tidak lagi dibawa keluar. 

Putera Philip memang peminat kereta dan sering memilih untuk memandu sendiri.

Namun pada 2019, baginda menyerahkan lesen memandunya pada usia 97 tahun ekoran satu pertembungan yang mengakibatkan kenderaan dipandunya terbalik dalam kemalangan yang menyebabkan dua orang cedera. -agensi

Google ads
Back to top button