" "
Motosikal

PENYAMUN YSUKU PENUNGGANG GRAB FOOD DIDAKWA HARI INI – RAKANNYA MASIH BEBAS

Seorang lelaki yang ditahan kerana cuba untuk menyamun motosikal jenis Yamaha Y15ZR milik penunggang Grab Food akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Suspek yang berusia 33 tahun itu berjaya ditahan selepas telefon bimbitnya tercicir ketika bergelut dengan mangsa. Dia diberkas kira-kira jam 4.45 pagi sehari selepas kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Kuang Bertam, Taman Kepong, Kuala Lumpur.

Rakannya bagaimanapun masih bebas sehingga kini.  

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din memberitahu, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Jumaat lalu, satu klip video yang menunjukkan dua orang lelaki cuba menyamun motosikal seorang penunggang Grab Food di Phileo Damansara 2, tular di media sosial.

Mangsa yang turut dipukul menggunakan kunci mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Google ads
Back to top button