Buletin

PEMBELI LAND CRUISER BAHARU TAK BOLEH JUAL SEMULA DALAM TEMPOH SETAHUN

Model terbaharu Toyota Land Cruiser 300 mendapat sambutan menggalakkan di Jepun dengan pra tempahan mencecah lebih 22,000 unit.

Bahkan, sambutan luar biasa terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut melahirkan kebimbangan kepada pengeluar Jepun itu mengenai kemungkinan ia akan dijual semula.

Menurut laporan Creative311, Toyota Japan  kini menyediakan perjanjian yang harus ditandatangani dengan menyatakan secara jelas Land Cruiser baru dibeli mereka tidak boleh dijual semula.

Tiada sekatan masa dikenakan, tetapi kontrak bertulis itu menurut maklumat tidak rasmi, dipercayai berkuat kuasa selama setahun selepas ditandatangani.

Alasan sekatan jualan semula itu didakwa sebagai usaha menghalang unit baharu Land Cruiser berpindah ke tangan pihak yang berisiko memberikan imej buruk kepada Toyota.

Toyota dikhabarkan berdepan beberapa isu selepas kenderaan mereka menjadi pilihan kumpulan pengganas yang bertempur dengan pasukan keselamatan di Timur Tengah.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat sebelum ini pernah mempertikaikan Toyota mengenai isu begitu banyak kenderaan jenama itu berada di tangan pengganas atau militan’.

Ada laporan lain mendakwa teori sebab sebenar syarat pemilikan itu adalah menghalang individu menjual pada harga lebih tinggi.-carscoops

Google ads
Back to top button