
PEMBERHENTIAN SEMENTARA PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR DI PEJABAT POS SEHINGGA 31 MAC
Semua urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) bagi kenderaan persendirian di semua pejabat pos seluruh negara akan dihentikan buat sementara waktu.
Dalam kenyataan dikeluarkan leh Pos Malaysia, arahan tersebut berkuatkuasa bermula 23 Februari sehingga 31 Mac 2021 berikutan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bagaimanapun, urusan lain seperti pembaharuan lesen memandu dan insurans kenderaan masih lagi boleh dijalankan di semua kaunter pejabat pos di seluruh negara.
Sebelum ini Kementerian Pengangkutan telah pun memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu bersempena pelaksanaan PKP 2.0, di mana pemandu masih lagi boleh mengoperasikan kenderaan selagi mempunyai sijil insurans yang sah (e-cover note). – FB POS MALAYSIA

- BACA: POS MALAYSIA PERKENAL APLIKASI INSURANS KENDERAAN BERMOTOR
- BACA: COVID-19: POS MALAYSIA HENTI SEMENTARA KHIDMAT MEL, BUNGKUSAN DAN EMS ANTARABANGSA
- BACA: 7 LELAKI ROHINGYA DITAHAN TUNGGANG MOTOSIKAL RODA TIGA DIUBAH SUAI, TIADA LESEN MEMANDU
- BACA: POLIS TEMBAK TAYAR LORI BATU CUBA LARIKAN DIRI. PEMANDU TIADA LESEN, BAWA LEBIH MUATAN