Artikel Pilihan

PEMBESAR SUARA EKZOS PORSCHE INI BERHARGA USD12K – MODEL EKZOS ALZA TAK ADA KE?

Bagi peminat dunia automotif ada antara kita yang gemar mengumpulkan pelbagai memorabilia bertemakan dunia automotif seperti t-shirt, magnet peti sejuk, topi, jaket dan lain-lain. Pengumpul yang lebih serius mungkin memiliki set sofa yang diperbuat dari tayar dan meja kopi yang diperbuat dari blok enjin dan kini Porsche memberikan satu lagi pilihan untuk anda semua. Sistem pembesar suara yang dihasilkan dari ekzos 911 sebenar.

Ia dinamakan 911 Soundbar 2.0 Pro yang memang dihasilkan dari ekzos sebenar. Hanya dihasilkan sebayak 500 unit sahaja dan setiap satu mempunyai nombor siri. Kosnya? Boleh tahan jugak. USD12,000 atau bersamaan dengan RM56,865!

Ini sebenarnya siri kedua selepas Soundbar asal 911 yang diperkenalkan Porsche sebelum ini. Harga semahal itu memang perlu la kot sebab ia menggunakan komponen ekzos asal 992 GT3.

Punyalah nak real sampai kotoran pada bahagian tabung ekzos dikekalkan macam tu saja. Bahagian hujung paip ekzos cukup bersih sampai berkilauan tapi bahagian tabung tu memang nampak comot je. Mungkin kami ni tak pandai menghargai seni kot.

Tak kisahlah tu janji mahal dan boleh show off kat peminat Porsche lain. Pembesar suara ini menampilkan sistem virtual surround 2.1.2, kuasa 300 watt, port 4K HDMI, Bluetooth 5.0, Dolby Atmos DTS-HD dan sistem Apple AirPlay dan Google Chromecast bersepadu.

Ia cukup canggih kerana pembesar suara ini boleh diselaraskan untuk berkomunikasi dengan soundbar Porsche model berbeza seperti 911 Soundbar Special Edition, 911 Soundbar Final Edition dan pelbagai produk pembesar suara Porsche yang lain. Nak try jugaklah streaming dengan spekar cap ayam Alza vtectec.

Pembesar suara ini boleh diletakkan di aras rak audio dan boleh juga digantungkan di dinding. Nak gantung kat leher pun tak ada orang marah tapi mungkin lenguh la sikit.

Google ads
Back to top button