Buletin

SEBASTIAN VETTEL NAK JUAL 8 BUAH KENDERAAN TERMASUK 5 FERRARI

Sebastian Vettel merupakan penyandang Juara Dunia Formula Satu (F1) sebanyak empat kali mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ dengan beberapa koleksi kenderaan miliknya.

Menurut laporan, carscoops, lapan unit daripada koleksi tersebut telah disenaraikan untuk dijual melalui Tom Hartley Jnr di United Kingdom (UK).

Tiga kereta paling mahal antara lapan unit yang disenaraikan untuk dijual ialah Ferrari LaFerrari 2016, Ferrari Enzo 2004 dan Ferrari F50 1996.

Jentera Ferrari F50 dibeli Vettel pada tahun 2015, ketika tahun pertama bersama pasukan Scuderia Ferrari F1. Ketika dijual, supercar tersebut memiliki perbatuan 6,939km.

Selain itu, pemandu pasukan Aston Martin itu akan menjual dua lagi model Ferrari iaitu F12tdf 2016 yang dibelinya baharu, dan memiliki perbatuan hanya 1,183km.

Satu lagi model merupakan 458 Speciale, jentera ini juga dibeli baharu oleh Vettel dengan perbatuan hanya 3,077km.

Selain model Ferrari, tiga buah koleksi dari jenama lain yang akan dilepaskan Vettel ialah Mercedes-Benz SL65 AMG Black Series, Mercedes-Benz SLS AMG 2010, dan BMW Z8 Roadster 2002. – agensi

Google ads
Back to top button