Buletin

PEMILIK FORD MAVERICK BENGANG PELEKAT TERCABUT LEPAS DIBASUH

Sebilangan kecil pemilik trak pikap Ford Maverick baru-baru ini berkongsi pelekat pada kenderaan tersebut tercabut selepas ia dibasuh beberapa kali.

Rungutan dan foto trak pikap itu dikongsi dalam forum mavericktruckclub.com. Antara pelekat yang tercabut ialah FX4 dan jalur pada bahagian sisi badannya. Walaupun kerosakannya tidaklah terlalu teruk, tetapi keadaan itu tetap menjengkelkan pemiliknya.  

“Pergi ke kedai cuci kereta untuk kali ketiga selepas memandu Mav. Tetapi nampaknya sebahagian daripada pelekat First Edition Trim dah hilang. Mereka letak stiker murah,” kata pengguna forum, pjlawton.   

Pengguna forum lain memberi kemas kinibahawa pengedar Ford menawarkan untuk menggantikan pelekat tersebut. Namun, mereka mengambil keputusan untuk mencabutnya sahaja.  

“Apa pun, pelekat itu memang tak berkualiti. Ia boleh dicabut dengan mudah. Nipis sangat. Jadi, saya buang sahaja, nampak lebih cantik,” kata pjlawton lagi.

Walaupun tidak jelas apakah jenis basuhan yang dilakukan oleh pemilik, namun pelekat itu sepatutnya tidak tercabut dengan mudah.

Google ads
"
"
Back to top button