
PERIKSA KERETA E-HAILING DI PUSPAKOM SEGERA. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian pengangkutan, PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) menyarankan agar semua pemandu kenderaan E-Hailing tidak menunggu hingga saat akhir untuk membawa kenderaan mereka hadir menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM, sebelum peraturan E-Hailing dikuatkuasakan bermula 12 Julai 2019.
Sementara itu, PUSPAKOM telah mengambil pelbagai inisiatif dan langkah yang proaktif bagi memenuhi permintaan pemandu kenderaan E-Hailing. Ini adalah tanda keprihatinan PUSPAKOM terhadap para pengusaha dan pemandu E-Hailing.
Antaranya adalah seperti lanjutan waktu operasi khas untuk Pemeriksaan Kenderaan E-Hailing, taklimat dan garis panduan khas untuk pemandu E-Hailing.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (UPJ) telah memaklumkan bahawa
pemandu atau bakal pemandu perkhidmatan Teks/e-hailing yang memenuhi syarat memohon Lesen Vokasional (PSV Teksi E-hailing) boleh mendaftar bermula 1 April 2019 di Institut Memandu dan Pusat Latihan Memandu E-hailing/Operator (eHO) yang diktiraf oleh JPJ.
Modul latihan Lesen Vokasional (PSV – Teksi E- hailing) yang terlibat adalah selama 6 Jam dengan kadar yuran siling yang ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM200.00.
Pelaksanaan ini adalah melibatkan pemandu dan kenderaan e-hailing yang
bertindak sebagai kenderaan perkhidmatan awam. Dalam hubungan ini, pemandu kenderaan perkhidmatan e-hailing adalah setara dengan pemandu kenderaan perkhidmatan Teksi/ Kereta Sewa / Teksi Mewah.