Artikel Pilihan

PENGAKHIRAN YANG MENDEBARKAN PADA PUSINGAN KEDUA TOYOTA VIOS CHALLENGE

Kalau pada peringkat permulaan perlumbaan kali suasana begitu teratur dan tenang, lain pula jadinya pada perlumbaan akhir pusingan kali ini bilamana semua pelumba baik dari kategori Promotional, Sporting dan Super Sporting kesemuanya memberikan yang terbaik untuk memperolehi posisi terbaik dan mengumpul mata untuk perlumbaan berikutnya yang akan disambung semula Februari tahun hadapan.

Persaingan untuk kejuaraan kali ini  begitu sengit dalam pusingan kedua TOYOTA GAZOO RACING Festival dan aksi-aksi yang dipamerkan dalam litar sepanjang 1.99 kilometer Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) ini membuatkan penonton tidak senang duduk sepanjang perlumbaan.

SUPER SPORTING CLASS

Semestinya para pelumba professional akan memberikan persembahan terbaik buat para penonton. Debaran semakin terasa pada perlumbaan 2 yang terpaksa dihentikan hanya selepas dua selekoh kerana kereta William Ho dari Kegani Racing terbalik selepas berlanggar dengan Freddie Ng dari Telagamas Toyota.

Ho tidak mengalami apa-apa kecederaan dan melambaikan tangan kepada penonton sebaik keluar dari kereta. Bagaimanapun perlumbaan terhenti selama 30 minit untuk memberi peluang kepada pihak penganjur membersihkan litar dari cebisan perlanggaran.

Sebaik perlumbaan dimulakan kembali, Ng yang bermula dari petak kedua grid membuat pecutan awal untuk merampas kedudukan pertama dari Kenny Lee  dan Brendan Paul Anthony mengejar untuk tempat ketiga. Lee bagaimanapun terus memberikan tekanan kepada Ng sehingga Ng melakukan kesilapan selepas dua pusingan dan terlanggar dinding penahan di lokasi yang sama beliau berlanggar dengan Ho.

Insiden kedua menyebabkan kereta keselamatan dibawa masuk untuk tiga pusingan dengan Lee berada pada kedudukan pertama, Brendan kedua, Boy Wong ketiga, Ser Ming Hui keempat dan Keifli Othman melengkapkan top 5.

SPORTING CLASS

Pelumba dari kategori ini tidak mahu ketinggalan dalam memberikan aksi-aksi hebat. Pada permulaan perlumbaan, pasukan Team Nanoplus, Patrick Tam memecut laju dari petak pertama meninggalkan Clement Yeo dari Distinctive Model’s, Hayden Haikal (yang baru berumur 14-tahun) dari Prodigy Racing, Eric Yoong dari ST Wangan Racing Team, Datuk Ken Foo dari Kulim Top Wheels dan pelakon Shukri Yahaya di tempat keenam. Foo bagaimanapun dikenakan penalti 10 saat akibat false start dan jatuh ke tempat kelapan walaupun menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Perlumbaan ini turut menyaksikan insiden membabitkan Adzeem Eqwan Adnan pada pusingan keenam yang menyaksikan kereta keselamatan dikeluarkan sehingga lima pusingan sebelum perlumbaan disambung semula. Tam akhirnya mendapat tempat pertama, Yeo kedua, Yong ketiga, Dannies Ng dari Revo Technik keempat dan Brendom Lim kelima.

PROMOTIONAL CLASS

Para selebriti turut menonjolkan bakat masing-masing dan kali ini penyanyi Aiman Tino menjadi juara buat kali pertama dan mendapat podium kedua selepas menamatkan perlumbaan terakhir di tempat ketiga.

BACA: TOYOTA RUSH 2018 – 105PS, PACUAN RODA BELAKANG, BERMULA 93K

Walaupun penyanyi berusia 20 tahun itu bermula di petak ketiga dan dikejar hebat oleh Akim Ahmad dan Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd Akio Takeyama di tempat ketiga. Mereka turut diekori oleh Nabil Ahmad dan Diana Danielle di belakang.

Kedudukan lima tempat teratas kekal tidak berubah selama tiga pusingan sehinggalah Nabil melanggar dinding penahan sewaktu cuba memotong yang memaksa kereta keselamatan dibawa keluar. Menamatkan perlumbaan di tempat ketiga bagaimanapun Nabil dikenakan penalti 20 saat menyebabkan beliau jatuh ke tempat keenam. Diana dinaikkan ke posisi ketiga dan menjadi podium kedua beliau musim ini.

Bagi Nabil insiden sewaktu cuba memotong Takeyama memang sesuai yang sukar buat beliau dan meminta maaf kepada Takeyama kerana terlebih mencuba dalam cubaan untuk memotong. Biasa la bro, nama pun race.

Janna Nick mengakhiri perlumbaan di tangga keempat, Wany Hasrita kelima dan Nabila Razali dan Khai Bahar keenam dan ketujuh.

Selepas berakhirnya perlumbaan di Kuala Terengganu Ogos lepas dan Pusingan 2 di MAEPS, festival ini akan bersambung pada Februari 2019 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

 

Google ads
Back to top button