
TOYOTA GR TIDAK BERMINAT DENGAN EV – HIBRID LEBIH MENARIK MINAT MEREKA
Model-model keluaran akan datang Toyota Gazoo Racing (GR) akan kekal gunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) walaupun trend automotif sekarang kebanyakannya memilih kenderaan berkuasa elektrik-bateri (BEV). Cayalah.

Model-model sports seperti GR Corolla, GR Yaris, GR Supra dan GR 86 telah berjaya meletakkan kembali nama Toyota dalam senarai pengeluar model sports dunia. Presiden GR, Tomoya Takahashi dalam satu temubual di Australia menyatakan yang model-model keluarkan mereka akan kekal dengan enjin ICE di masa akan datang.
Mereka tetap akan gunakan enjin ICE selama mana yang boleh. Mungkin satu hari nanti penggunaan enjin konvensional akan dilarang tapi musuh sebenarnya bukan enjin. Musuh sebenar ialah karbon dan Toyota sedang berusaha untuk mengeluarkan enjin masa hadapan yang lebih bersih.

Toyota mengambil jalan yang berbeza dari pengeluar lain dengan memilih untuk mengunakan nadi hibrid bila tiba masanya. Mereka juga bersifat terbuka untuk menerima penggunaan bahan api sifar karbon.
Mereka menimbang beberapa pilihan lain selain EV khususnya teknologi hibrid dan bahan api bebas karbon. Ini baharu keputusan bijak, apatah lagi dengan kenaikan tariff elektrik yang semakin hari semakin meningkat. Naya bang minyak jimat tapi bil pulak tinggi.
Takahashi kemudian menyambung yang GR tidak berminat untuk menghasilkan kereta dengan pecutan pantas seperti EV tapi lebih berminat untuk hasilkan kereta yang seronok untuk dipandu. Macam Miata abang la tu. Fun car not fast car okey.

Beliau turut menyatakan yang kemungkin GR akan hasilkan sebuah SUV berprestasi sedikit masa nanti. Rasa-rasa model mana tu? Abang rasa kemungkinan diorang akan pilih platform Corolla Cross ataupun RAV4.



