Motosikal

KAWASAKI NINJA ZX-6R 2019 – APA YANG BARU?

Kawasaki baru-baru ini memperkenalkan model Ninja ZX-6R versi tahun 2019 pada acara AIMExpo di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pengenalan model itu sebenarnya menjadi petanda bahawa Kawasaki kembali menyertai pasaran jentera bersesaran 600cc di Eropah.

Ninja ZX-6R dilapor menerima banyak penambahbaikan. Antara perubahan ketara ialah enjin empat silinder itu kini memenuhi piawaian Euro4 dan gear telah ditukar agar kuasa lebih mudah diekstrak pada julat kelajuan rpm rendah.

Kawasaki juga menambah ciri quickshifter (up-shift sahaja) dan dua mode tunggangan ke dalam pakej kali ini.

Pengeluar motosikal Jepun itu menyatakan enjin tersebut mempunyai lebih kuasa dan tork untuk tunggangan yang lebih menyeronokkan.

Jentera itu dipasang dengan fork hadapan daripada Showa. Manakala brek Nissin dengan sistem ABS turut digunakan. Bagi mereka yang mementingkan prestasi, Kawasaki ada menawarkan peredam stereng Öhlins sebagai sebahagian daripada katalog aftermarket.

Penambahbaikan lain termasuklah rekaan luaran yang baru, plug utiliti 12-volt, kawalan cengkaman dan tayar Bridgestone Battlax S22.

Ninja ZX-6R akan ditawarkan pada harga bermula AS$9,999 (RM41,620) dan AS$10,999 (RM45,780) untuk varian yang dilengkapi brek ABS.

GALERI

Google ads
Back to top button