Buletin

PARIS PERLUAS HALAJU 30KM/J OGOS INI

Paris akan menguatkuasakan halaju 30 km/j melibatkan hampir semua jalan di kota raya itu akhir Ogos ini dalam usaha mengurangkan kemalangan dan pencemaran bunyi.

Datuk Bandar, Anne Hidalgo, berjanji akan mengurangkan jumlah ruang awam yang disediakan untuk kereta di Paris. Kota raya itu merupakan antara yang paling padat di Eropah.

Setakat ini, kira-kira 60 peratus jalan raya di ibu kota Perancis itu mempunyai had laju 30 kilometer sejam, manakala sejak Hidalgo memegang jawatan tersebut pada 2016, banyak jalan diubah menjadi satu lorong atau dijadikan kawasan siar kaki.

Selepas Ogos ini , hanya jalan utama di Paris akan membenarkan kelajuan lebih tinggi, kata Timbalan Datuk Bandar, David Belliard.

“Matlamatnya adalah untuk mengurangkan ruang yang diambil oleh kereta termasuk melalui kaedah mengurangkan had laju kenderaan,” katanya.

Belliard berkata, pihaknya akan menjadikan jalan-jalan lebih selamat kepada penunggang basikal dan pejalan kaki.

Langkah itu dilakukan ketika Hidalgo meneruskan rancangan untuk memansuhkan 60,000 daripada 140,000 tempat letak kereta di Paris.

Motosikal dan skuter yang dibenarkan untuk meletak kenderaan secara percuma juga harus mula membayar caj parkir pada tahun depan apabila bayaran tempat letak kereta juga akan meningkat.-KOSMO!

Google ads
Back to top button