PENGELAP CERMIN GERGASI DI CYBERTRUCK MEMANG BERMASALAH
Tesla Cybertruck adalah kenderaan yang paling hangat diperkatakan buat masa ini. Dalam satu video bual bicara di dalam video saluran Jay Leno Garage bersama sama dengan Ketua Jurureka Bentuk Franz von Holzhausen dan Timbalan Presiden, Kejuruteran Kenderaan Tesla Lars Moravy.
Menurut bual bicara bersama ini, salah satu masalah rekaan yang dihadapi oleh pasukan ialah pengelap cermin depan tunggal yang besar. Ia bukan sahaja menghadapi cabaran dari segi masalah dari segi aerodinamik, rekaan dan juga motor elektrik yang digunakan.
Rekaan pengelap cermin yang besar dan kedudukannya di cermin depan menyebabkan rekaan aeodinamik, boleh menyebabkan pengelap cermin depan ini bergerak ke kiri dan kanan sewaktu Cybertruck dipandu dengan laju.
Bagi menyelesaikan masalah ini, jurutera Tesla memasang satu spoiler kecil pada lengan pengelap cermin depan ini untuk memaksa angin yang datang dari arah depan menekan pengelap cermin rapat pada cermin depan. Keadaan ini juga berupaya mengelakkan pengelap cermin depan daripada bergerak dengan bebas sewaktu Cybertruck dipandu
Rekaan cermin depan yang menegak dan rata juga memerlukan sudut yang tepat dan masa yang betul untuk menyapu air daripada permukaan cermin ke arah sisi. Lengan pengelap cermin yang besar juga memaksa jurutera menggunakan motor elektrik yang lebih besar, sekitar 600-800 watt hanya untuk memastikan pengelap cermin ini beroperasi.
Dari segi rekaan, pasukan jurureka bentuk dan penggayaan mahukan cermin ini direka dengan lebih kecil manakal pasukan kejuruteraan mahukan pengelap cermin ini direka dengan panjang bagi memastikan ia mampu mengelap air hujan di hdapan kamera sistem yang menjadi input kepada sistem pemanduan pintar.
Menurut von Holzhousen, pasukan jurureka bentuk dan penggayaan merancang untuk menggunakan pengilap cermin depan yang tersembunyi dan hanya akan keluar apabila keadaan memerlukan. Namun ia akan menghasilkan lebih cabaran kepada pasukan kejuruteraan.
Jawapan yang mudah dan ringkas ialah dengan memasang pengelap cermin ini pada tiang A untuk kelebihan aerodinamik. Anda boleh menonton video bual bicara Jay Leno Garage ini di pautan di bawah.