
PENUMPANG UBER KENA CAJ RM1,800 UNTUK PERJALANAN 2.8 KM!!!
Penumpang Uber terpaksa membayar caj perjalanan mencecah £332 (RM1,872) untuk perjalanan sejauh 2.8 km di London, United Kingdom.
Lebih malang, dia bersama rakan-rakan ‘ditendang’ keluar dari kenderaan Uber terbabit sebelum sempat sampai ke destinasi yang ingin ditujui mereka.
Pelanggan dikenali sebagai AG itu menjelaskan dia menggunakan perkhidmatan e-hailing bersama dua rakannya ke lokasi hentian biasa.
Bagaimanapun, apabila meminta menggunakan laluan yang biasa digunakan, pemandu berkenaan menolak malah pemandu meminta mereka keluar dari keneraan.
Insiden malang tidak terhenti di situ sahaja, pada keesokan hari, AG menerima resit daripada Uber sebanyak £332 (RM1,872) yang telah ditolak dari akaunnya.
Ia berikutan pemandu Uber berkenaan tidak menamatkan perjalanan dan meter terus dihidupkan selama 16 jam 27 minit yang menyebabkan kepada caj berlebihan.
Selain itu, AG yang ingin mendapatkan semula wangnya daripada khidmat pelanggan Uber menemui jalan buntu sehingga membawa masalah tersebut untuk didedahkan The Guardian.
Menurut laman web Prestige Car Hire, dengan caj tersebut AG boleh menyewa Porsche 911 Carrera S selama 24 jam pada harga AS$455 (RM1925) untuk perjalanan sejauh 200km. – carscoops