
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIPANAH PETIR
Seorang penunggang motosikal ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai dipanah petir di tepi jalan di Kampung Seri Cheeding, Sungai Jarom, Kuala Langat, Selangor.
Menurut laporan, mangsa, 50 tahun, dalam perjalanan ke tempat kerja pada jarak kira-kira 16 kilometer dari lokasi terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, “Ketika melalui jalan dari Jambatan Rimbayu ke Ladang Teh Seri Cheeding kira-kira 6.20 petang, mangsa terkena panahan petir lalu terjatuh dari motosikal.

“Mangsa terjatuh sejauh 50 meter ke hadapan dan tidak sedarkan diri,”
Tambah beliau, “Mangsa cedera di bahagian leher kanan serta lebam di bahagian perut dan paha akibat panahan petir selain, terdapat luka di dagu serta lutut. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.”
Jelas beliau lagi, siasatan mendapati terdapat dua lubang kesan panahan petir di atas jalan raya di lokasi kejadian dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. – The Star
- BACA: PEGAWAI POLIS NYARIS MAUT DALAM KEMALANGAN DUA BMW – PANJANG UMUR ABANG NI (VIDEO)
- BACA: PEMANDU HONDA CIVIC KEMALANGAN DI GENTING HIGHLANDS ADA 11 SAMAN PANDU LAJU
- BACA: SAKSIKAN PESAWAT PERUBATAN MENDARAT DI ATAS LEBUH RAYA UNTUK BANTU MANGSA KEMALANGAN
- BACA: TIDUR DENGAN TENANG SELEPAS KEMALANGAN, PEMANDU DAN PENUMPANG RUPANYA POSITIF DADAH







