Buletin

RUGI RM25,000 KENA SCAM NAK BELI LEXUS

Seorang peniaga kedai sukan kerugian lebih RM25,000 selepas menjadi mangsa penipuan jualan kereta terpakai tidak wujud di Facebook, Januari lalu.

Lelaki berusia 62 tahun itu tertarik untuk membeli kereta mewah terpakai jenis Lexus yang ditawarkan pada harga RM42,000 dengan pinjaman penuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berurusan dengan penjual bernama Lucas Khoo (suspek) melalui aplikasi Whatsapp dan bersetuju untuk membeli kereta tersebut.

Menurutnya, suspek yang mendakwa berada di Singapura telah menghantar dokumen perjanjian melalui Whatsapp dan meminta mangsa mengemukakan maklumat peribadi bersama bayaran RM2,800 untuk proses membawa kereta itu dari Jepun.

“Mangsa membuat bayaran seperti diminta melalui akaun bank atas nama sebuah syarikat.

“Selepas bayaran itu dibuat, mangsa dimaklumkan kereta itu akan dibawa masuk melalui Langkawi dan diminta menunggu perkembangan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Wazir berkata, pada 21 Januari lalu, mangsa dihubungi suspek dan dimaklumkan bahawa keretanya akan tiba lebih awal dari tarikh yang dijadualkan.

“Mangsa diminta membuat bayaran RM7,407 untuk insurans dan cukai jalan. – SH

Google ads
Back to top button