
TOYOTA ALTIS 2022 MASUK PASARAN INDONESIA. 2 VARIAN, TEKNOLOGI T INTOUCH. HARGA BERMULA RM136,552
Toyota Astra Motor (TAM) mendedahkan model sedan serba baharu Corolla Altis di pasaran Indonesia.
Model terbaharu itu didatangkan dengan dua varian iaitu bensin (petrol) dan hybrid yang mendapat sentuhan penambah baikan dari segi teknologi dan ciri-ciri terkini.
Model petrol ditawarkan pada harga 468,200,000 rupiah (RM136,552) manakala hybrid pula 517,000,000 rupiah (RM150,784).
Pembaharuan ketara yang terdapat pada model terbaharu itu merupakan teknologi telematik Toyota T Intouch.

Ciri canggih berkenaan telah dilengkapi pada beberapa model terbaharu Toyota seperti Fortuner, Camry, Kijang Innova dan Land Cruiser.
T Intouch membolehkan kenderaan disambung kepada aplikasi mToyota untuk memudahkan pelanggan mendapat akses semua servis mobiliti Toyota.
Antara fungsi menarik yang terdapat pada Corolla Altis terbaharu merupakan Find My Car yang mengetahui posisi kenderaan diparkir.
Ia turut dilengkapi Geofencing yang dapat memberi amaran apabila kenderaan keluar daripada zon pemanduan.

Selain itu, T Intouch hadir dengan fungsi E-Care yang membantu memberi peringatan penyelenggaraan kenderaan secara berkala kepada pemilik kenderaan.
Para pemilik Altis baharu tersebut juga dapat menggunakan fungsi Inquiry and Support Center yang menawarkan bantuan secara langsung dari Pusat Panggilan Toyota untuk menyelesaikan masalah kenderaan.
Model terbaharu itu tidak ketinggalan memiliki fungsi Road Assistance yang merupakan butang makluman kecemasan (SOS) apabila pelanggan terlibat dalam kemalangan.

Ia boleh berhubung terus kepada Pusat Panggilan Toyota serta disambungkan kepada Bantuan Kecemasan Jalan Raya (ERA) untuk pertolongan lebih pantas.
Dari segi hiburan pula, Toyota telah memberi penambah baikan terdapat sistem hiburan agar pengguna boleh melakukan penyambungan telefon pintar.
Bagi model Hybrid, ia didatangkan dengan Wireless Chargerdi konsol tengah.
Altis Hybrid turut dilengkapi Toyota Safety Sense 2 (TSS 2) seperti Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDA), Lampu Tinggi Automatik (AHB)Â dan Kawalan Kruise Radar Dinamik (DRCC).

TSS 2 kali ini ditambah baik dengan DRCC direka untuk pemanduan antara 0km/j hingga 180km/j.
Sensor radar boleh mengesan kenderaan sehingga 120 meter di hadapan dan secara automatik mengekalkan jarak daripadanya.
Ciri baharu Bantuan Jejak Lorong (LTA) membantu pemandu dan kenderaan berada dalam lorong dan menghalang termasuk lorong lain.
Sedan terbaharu itu masih menggunakan enjin sama seperti model terdahulu. – otosia