Motosikal

LEGEND F1, KIMI RAIKKONEN JADI BOS PASUKAN KAWASAKI MXGP

Bekas pelumba F1, Kimi Raikkonen yang dianggap sebagai antara legenda dalam sukan pemotoran itu menggalas cabaran baharu sebagai bos pasukan Kawasaki MXGP.

Dia yang pernah mewakili pasukan seperti Sauber, McLaren, Ferrari, Lotus dan Alfa Romeo menggantung helmet pada musim lalu selepas 21 musim dalam sukan F1.

Raikkonen akan mengemudi pasukan Team Green 2022 MXGP bersama bekas pelumba MXGP, Antti Pyrhonen.

“Kami sangat gembira apabila Kawasaki memilih kami sebagai pasukan mereka,” akui Raikkonen.

“Saya tahu peluang meraih kejayaan lebih besar apabila mendapat sokongan pengeluar secara langsung.

“Justeru, ia akan menjadi peluang terbaik untuk bersaing sebagai pasukan pengeluar Kawasaki yang baharu pada saingan MXGP,” kata Raikkonen. –rideapart/F1

Google ads
Back to top button