Artikel Pilihan

PENYELEWENGAN ADALAH PUNCA KENDERAAN TIDAK SELAMAT BERADA DI ATAS JALAN RAYA

Pendedahan ini dibuat oleh seorang sumber dalaman Puspakom dalam satu temubual dengan freemalaysiatoday.com (FMT). Sumber tersebut turut menyatakan yang pemeriksa kenderaan bergerak biasanya mengambil bayaran sekitar RM200 dan RM1,000 untuk meluluskan sepenuhnya sesebuah kenderaan yang sebenarnya tidak layak berada di atas jalan.

Beliau menerangkan yang bayaran tersebut adalah mengikut tahap kesukaran sesuatu masalah dengan kenderaan dan sama ada mereka perlu menggunakan kenderaan lain sebagai dummy.

Kenderaan gantian ataupun dummy digunakan untuk ujian selepas kamera yang bersaiz kecil selesai merekodkan nombor casis dan nombor pendaftaran kenderaan yang sepatutnya memasuki pemeriksaan.

Kadang-kadang CCTV yang digunakan semasa ujian unit bergerak tidak berfungsi ataupun lensanya sengaja dikaburkan dengan kotoran. Kamera pegangan tangan juga kadang kala digunakan tetapi tidak secara menyeluruh dan sengaja tidak disasarkan dengan betul, sambung beliau lagi.

Disebabkan penyelewengan inilah, terdapat banyak kenderaan-kenderaan komersil dan persendirian yang sangat-sangat teruk tetapi masih berada di atas jalan raya sehingga ke hari ini.

Sumber tersebut menyatakan cara terbaik untuk mengatasi isu ini ialah dengan melaksanakan audit ke atas unit pemeriksaan bergerak dan meminta pihak SPRM membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Dakwaan sumber tersebut bagaimanapun dinafikan oleh CEO Puspakom, Shukor Ismail yang menyatakan pihak syarikat telah menambah baik cara pemeriksaan tahun demi tahun untuk mengurangkan penyelewengan.

Beliau kemudian menjelaskan kepada pihak FMT mengenai sistem kawalan berpusat di ibu pejabat syarikat di Shah Alam sentiasa mengawasi setiap foto yang di ambil semasa pemeriksaan sebelum sesuatu kelulusan diberikan. Malah petugas di ibu pejabat juga tidak mengetahui kenderaan mana yang akan diperiksa oleh unit bergerak selepas itu.

Malah sambung beliau lagi petugas-petugas Puspakom juga sentiasa dipantau oleh spot check yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Malah aduan yang diterima beliau hanyalah berkenaan masa menunggu yang terlalu lama untuk pemeriksaan dan ia akdalah akibat jumlah kenderaan yang semakin meningkat khususnya di luar bandar.

Mazda CX30

Beliau juga mendakwa yang penyelewengan di Puspakom hampir mustahil berlaku kerana pihak syarikat sentiasa menaik taraf teknolgi yang digunakan untuk memastikan tahap integriti yang tinggi tapi menegaskan yang pihak pegawai mesti segera membuat laporan jika mengesan sebarang salah laku ataupun penyelewengan dalam urusan Puspakom.

Bekas presidena Transparency International, Akhbar Satar baru-baru ini mencadangkan agar kerajaan menyerahkan kembali tugas memeriksa kenderaan ini kepada pihak JPJ. Ia berikutan aduan mengenai isu integriti  yang melibatkan Puspakom.

Kontrak Puspakom dengan Kementerian Pengangkutan akan tamat pada 2024 dan mereka memeriksa sekitar 3.5 juta kenderaan setiap tahun.

Kredit foto dan sumber freemalaysiatoday.com

Tags
Google ads
Back to top button