Buletin

PERABOT MEWAH BENTLEY. KATIL NEWENT BERHARGA RM52,000

Bentley menyertai perniagaan perabot sejak tahun 2013 dengan barisan model Home. Bagi tahun 2020, ia telah menyediakan beberapa perabot baharu yang ditawarkan pada harga agak meninggal.

Ye lah, ini jenama Bentley. Bukannya perabot yang korang beli di kedai di Shah Alam.

Anda boleh memiliki sebuah Newent Sofa pada harga AS$14,710 (RM64,000). Kerusi rehat (Newent Armchair) pula berharga AS$9,040 atau RM39,300 seunit. Sementara kerusi Newent boleh dimiliki pada harga $4,230 (RM18,400).

Untuk tidur di atas katil Newet, sediakan dahulu $11,950 (RM52,000). Jika berminat mendapatkan keseluruhan koleksi, pelanggan perlu membawa hampir  AS$40,000 (RM173,900) tidak termasuk cukai.

Dengan jumlah itu, anda sudah boleh membeli sebuah Honda CR-V atau Kia Carnival. Tetapi, bila orang datang ke rumah untuk beraya, pastinya perabot ini menjadi tumpuan.

Bentley menyatakan semua perabotnya boleh dipersonalisasi untuk memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan. Ia dihasil menggunakan upholsteri fabrik, kulit atau venir kayu berkualiti tinggi.

Pasukan reka bentuk Bentley bekerjasama dengan Bentley Home untuk menghasilkan perabot ini. Ia dibuat menggunakan tangan di Itali oleh tukang-tukang pakar yang menggabungkan method tradisional dengan teknologi moden.

“Kami bekerjasama rapat dengan pihak Bentley Home untuk memastikan perabot ini mengikuti standard reka bentuk dan pengilangan kenderaan Bentley.  

“Daripada bahasa rekaan, permukaan dan perincian proses venir, rangkaian perabot Newent menjadi contoh terbaik tentang kepakaran kami dalam menghasilkan produk mewah untuk pelanggan,” kata Ketua Reka Bentuk Produk, Chris Cooke.

Tags
Google ads
Back to top button