Buletin

VOLKSWAGEN LABUR RM9.65 BILION KE DALAM SEKTOR EV CHINA

Volkswagen dilapor akan melabur sebanyak €2 bilion (RM9.65 bilion) ke dalam dua buah syarikat China untuk sektor kereta elektrik dan menyifatkannya sebagai pasaran EV terbesar di dunia. 

Pengeluar kenderaan Jerman itu menyatakan ia akan mengambil 50 peratus saham dalam JAG, syarikat induk yang dmiliki oleh kerjaan, JAC Motors.

Selain meningkatkan pegangan dalam syarikat kerjasama JAC Volkswagen daripada 50 peratus kepada 75 peratus dengan pelaburan sebanyak €1 bilion (RM4.82 bilion). 

“Dengan meningkatkan kawalan pengurusan, Volkswagen berada di landasan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak model elektrik dan infrastrukturnya,” kata Volkswagen dalam satu kenyataan.

Ia juga akan membeli 26 peratus pembekal bateri China, Gotion High-Tech pada harga €1.1 bilion (RM5.3 bilion). 

China yang mewakili 40 peratus jualan kenderaan Volkswagen telah menjadi pasaran automotif terbesar dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beijing juga sudah beberapa kali berikrar untuk menyokong industri kenderaan elektrik.

Disember lalu, Kementerian Industri China menyatakan kerajaan berusaha untuk memastiakan satu daripada empat unit kenderaan yang dijual pada tahun 2025 ialah EV. Beijing juga akan melanjutkan pengecualian cukai ke atas pembelian EV selama dua tahun. 

Google ads
Back to top button