PERADUAN RIDER RAYA BERGAYA GRAB – MENANGI YAMAHA MT-25 DENGAN TANDATANGAN HAFIZH SYAHRIN DAN WANG TUNAI/BITCOIN BERNILAI RM10K
Grab Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen yang membolehkan rakyat Malaysia memperoleh pendapatan sampingan menerusi platformnya. Selain memberi peluang kepada mereka untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM150,000.
Sebanyak 166 hadiah bakal dimenangi menerusi Peraduan Rider Raya Bergaya. Hadiah Utama berupa sebuah motosikal Yamaha MT-25 yang ditandatangani oleh pelumba MotoGP tersohor negara, Hafizh Syahrin. Di samping lima hadiah kedua yang terdiri daripada wang tunai atau bitcoin bernilai RM10,000.
Hadiah wang tunai saguhati RM1,000 dan RM500 juga akan diberikan kepada pemenang bertuah. Bermula 24 April hingga 31 Mei 2021, rakan penghantar baru dan sedia ada yang mendaftar atau mencadangkan rakan-rakan mereka untuk menyertai platform Grab bakal menerima peluang penyertaan.
Rakan penghantar berpeluang memenangi hadiah hebat dengan hanya melengkapkan slogan. Berikutan tahun yang mencabar, Grab berhasrat untuk terus memberi peluang pendapatan yang lebih stabil bagi mereka yang menyertai Grab.
Peraduan Rider Raya Bergaya adalah inisiatif Grab untuk meraih akses cepat dan mudah ke arah memperoleh pendapatan saksama, mapan dan produktif.
“Misi Grab sejak mula lagi, adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan mencipta peluang pendapatan yang selamat, saksama dan inklusif. Tahun lepas sahaja, Grab menyaksikan pertumbuhan ketara dalam kalangan komuniti rakan pemandu dan penghantar,” kata Pengarah Operasi Negara Grab Malaysia, Rashid Shukor.
Menurut Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran negara kini berada di tahap 4.8% atau 777,500 orang pada Februari 2021. Ekonomi gig berasaskan teknologi boleh membantu rakyat Malaysia, bukan sahaja mencipta pendapatan sampingan isi rumah yang sihat, malah menyediakan peluang pendapatan tambahan bagi membantu mereka memenuhi keperluan di waktu yang mendesak.
Grab kini berada pada kedudukan terbaik untuk mengemudi tanggungjawab menjaga kesejahteraan rakan penghantarnya. Menerusi program GrabBenefits, rakan-rakan dalam ekonomi gig akan mendapat akses kepada
peluang pekerjaan lebih bermutu, selamat dan kewangan yang stabil. Ia melibatkan aspek pengurangan kos operasi, insurans, pembangunan profesional dan banyak lagi.
Pemenang peraduan Rider Raya Bergaya akan diumumkan pada acara maya rumah terbuka Grab pada 5 Jun 2021. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://grb.to/RiderRayaBergaya