
SEPANYOL KUATKUASA HAD LAJU MAKSIMUM 30KM/J, LIBATKAN SEHINGGA 70% JALAN
Kerajaan Sepanyol akan menguatkuasakan peraturan had laju maksimum 30 kilometer sejam di jalan-jalan di kawasan bandar, di seluruh negara bermula minggu ini.
Menurut anggaran pihak berkuasa trafik nasional, peraturan baharu itu melibatkan antara 60 hingga 70 peratus jalan raya di Sepanyol.
Langkah tersebut dilaksanakan selepas satu dekri diraja mengenainya diluluskan oleh kerajaan pusat di Sepanyol pada November tahun lalu. Ia melibatkan jalan raya dua lorong arah kedua-dua hala.
Jalan yang mempunyai kaki lima pada ketinggian sama akan mempunyai had laju 20 kilometer sejam sahaja.
Kelajuan untuk jalan raya yang mempunyai dua atau lebih lorong pada satu hala pula ditetapkan sebanyak 50 kilometer sejam.
Langkah drastik itu dilaksanakan bagi mengurangkan bilangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya di Sepanyol. – Kosmo!
- BACA: KERAJAAN KAJI CADANGAN HADKAN KELAJUAN KAPCAI
- BACA: BARU SEMINGGU BELI, MUSTANG V8 EDISI TERHAD HANCUR LANGGAR TIANG ELEKTRIK
- BACA: GR YARIS RASMI DILANCARKAN DI MALAYSIA. PERFORMANCE PACK EDITION, TERHAD 200 UNIT, RM299K SAHAJA
- BACA: VINFAST LANCAR SUV MEWAH PRESIDENT DI VIETNAM. V8 6.2L, TERHAD 500 UNIT, BERMULA RM678K





