Buletin

INDUSTRI PENERBANGAN DIJANGKA KEMBALI NORMAL PADA 2022 – TONY FERNANDES

Industri penerbangan dijangka kembali normal pada tahun 2022 dengan pembukaan semula secara berperingkat perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan. 

Kerajaan juga seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen yang diperlukan untuk tujuan perjalanan.

“Saya rasa itu akan dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila kita membenarkan perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa,” katanya semasa webinar mengenai  “Communication Organisational Change Across Culture” semalam.

Webinar itu dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. – BERNAMA

Google ads
Back to top button