Buletin

YAMAHA BAKAL GANTIKAN BEBERAPA KOMPONEN PLASTIK PADA ENJIN DENGAN KAYU, LEBIH RINGAN DAN MESRA ALAM

Yamaha mula menggantikan beberapa komponen plastik pada enjin dengan kayu supaya ia lebih ringan dan boleh dikitar semula.

Ia dipanggil CNF (Cellulose nanofiber resin composite) dan dibuat dengan gentian kayu menjadi resin, seperti polipropilena. Resin CNF adalah 25 peratus lebih ringan berbanding resin yang digunakan dalam komponen enjin.

Selain itu, penggunaan CNF juga membolehkan pelepasan CO2 daripada pembuatan plastik dapat dikurangkan.

Sekiranya CNF mampu digantikan pada bahagian perumah plastik seperti thermostat, pam air, atau takal enjin, ia bermakna CNF berfungsi dengan sempurna.

Mulai tahun 2024, bahagian tersebut hanya akan digunakan pada perahu peribadi, seperti WaveRunners, dan bot sukan. Yamaha juga sedang mengkaji untuk menggunakan alat ganti CNF pada motosikal, serta produk lain.

Untuk membuat bahagian itu, Yamaha telah bekerjasama dengan Nippon Paper Industries di Tokyo dan melalui kerjasama tersebut, ia akan menjadi penggunaan CNF pertama di dunia dalam komponen kenderaan.

Kedua-dua jenama juga akan meneruskan penyelidikan mereka ke dalam CNF untuk melihat bahagian lain yang sesuai menggunakan CNF.

Menarik juga untuk melihat sama ada jenama lain mula melakukan perkara yang sama, kerana pembuatan mampan semakin diperlukan dalam kalangan pembuat kereta.

Google ads
Back to top button