Motosikal

YAMAHA 125ZR KUNING!!!

Yamaha sebenarnya lewat dalam persaingan motosikal 2 lejang di Malaysia. Tengok saja pada era 1990-an, waktu Suzuki memperbaharui model Best 110cc, Yamaha baru keluar dengan Y100 Sport.

Yamaha-Y125ZR-yellow-mekanika (7)

Kemudian Suzuki melawan dengan RG110 kemudian RGV120 yang tak terkalah, Yamaha cuma keluar dengan SS110 dan SS Racing Spirit?

RGV ketika itu sangat revolusional dengan blok condong 90 darjah, casis Deltabox, suspensi belakang mono, gear enam kelajuan dan klac ‘hidup’. Sedangkan SS sangat kuno dengan blok datar, suspensi berkembar dan klac separa hidup.

Yamaha-Y125ZR-yellow-mekanika (5)

Ini saya cerita zaman Wazi, Shahrul Yuzy dan Meganathan. Generasi iPhone mungkin tak pernah dengar. Masa itu sebelum kehadiran Modenas adalah pesaing dari Kawasaki yang memperkenalkan K1 dan Honda dengan Hurricane.

Suzuki memang bersuka ria dengan RGV dan kemudiannya RGX120 yang tak terkalah dari segi spesifikasi pada masa itu. Masih saya ingat lagi di kampus, RGV adalah moped ‘KING’. Pada masa itu juga model naked popular ialah Yamaha RXZ melawan Panther Gamma. Honda Rider mati lama dah. Hahahah. NSR, Kips dan TZM masa itu gemilang habis!

Yamaha-Y125ZR-yellow-mekanika (3)

Tapi segalanya berubah apabila Hong Leong Yamaha memperkenalkan 125Z dan 125ZR (sport rim) pada 1999. Ia pukulan maut kepada segmen 2 lejang bagi mana-mana jenama moped.

RGX terus senyap mati katak, (Suzuki cuba beralih pada FX150 untuk 4 lejang). Kemudian lahir Modenas Dinamik 120cc pada 2003 kalau tak salah yang cuba mencuri ruang jualan akibat dari 125ZR yang makin mahal saban tahun!

Yamaha-Y125ZR-yellow-mekanika (4)

Saya pernah memiliki 125Z pada 2005 dan hilang tak sampai 2 tahun kemudian. Daripada pengalaman menunggangnya, ia adalah kapcai terbaik di pasaran. Ia sebuah motosikal yang cukup sempurna dari segenap aspek.

Suspensi yang cemerlang, reka bentuk sporty, brek cukup sifat dan harga jual balik yang paling berbaloi. Sejak dikeluarkan dari zaman rim ‘lidi’, tak banyak perubahan besar yang dibuat melainkan skema warna badan, kemasan lampu belakang dan beberapa kali perubahan kosmetik meter. Tak dilupakan, brek 1 pot diganti dengan brek 2 pot dan cakera lebih besar.

Yamaha-Y125ZR-yellow-mekanika (6)

Selepas 17 tahun di pasaran, terdengar juga ura-ura model ini bakal dihentikan pengeluarannya. Realitinya, dunia sudah berubah, regulasi terhadap enjin 2 lejang semakin ketat menjadikan model baru hampir mustahil untuk dikeluarkan dalam skala ekonomi hari ini. Kesedaran terhadap kepenggunaan juga adalah cabaran langsung terhadap pasaran besar saingan daripada motosikal 4 lejang.

HLYM secara rasmi memperkenalkan skema warna baru iaitu kuning yang menggantikan model ‘skala’ hitam. Waktu awal pengeluaran dulu pernah ada model 125ZR berwarna kuning-putih, kuning-perak. Penggantinya kini ialah skema kuning-hitam. Cantik? Sudah tentu. Kami sudah boring dengan biru GP yang dah tak nampak rare pun hari ni!

Yamaha-Y125ZR-yellow-mekanika (10)

Tiada perubahan lain selain skema warna baru ni. Sebetulnya pun, Yamaha tidak perlu lakukan apa-apa kerana pengeluaran motor ‘tupai’ ini adalah berdasarkan kelulusan emisi terkini yang dibenarkan pada produksi enjin 2 lejang.

Harga jualan masih sama iaitu RM7,300 dengan GST atau sekitar RM8,000 hingga RM8,100 di atas jalan dengan insurans dan cukai jalan. Lebih daripada tu memang cekik darah. Mentang-mentang motor laku, suka-suka hati abah kau je mark-up harga eh?

Yamaha-Y125ZR-yellow-mekanika (9)

Berbaloi nak beli? Bergantung pada individu, kalau anda jenis pengumpul, ini mungkin versi terakhir sebelum 125ZR ditamatkan produksi sepenuhnya. HLYM pun tak beri kata putus, tak kata ya dan tak kata tidak.

Kalau ikutkan sejarah RXZ, 125ZR bakal jadi koleksi pengumpul dan sudah tentu, unit simpanan NOS (New Old Stock) akan melambung tinggi. Hari ini pun ada orang sanggup beli RX-Z NOS pada harga Myvi.

Yamaha-Y125ZR-yellow-mekanika (8)

Bunyi macam mengarut tapi realitinya begitulah. Saya juga ada kenal orang yang beli Y15ZR Movistar beberapa biji untuk disimpan macam pelaburan emas.

Ori itu indah katanya. Entahlah…

Google ads
Back to top button