Motosikal

REKA TOPI KELEDAR ANDA SENDIRI DENGAN VELDT

Pengeluar topi keledar, Veldt Helmet Company kini memberi pelanggannya peluang untuk mereka sendiri topi keledar mengikut kreativiti masing-masing. 

Konfigurasi topi keledar itu boleh dibuat secara dalam talian. Jadi anda boleh menghasilkan rekaan topi keledar menggunakan banyak pilihan warna, grafik, pelekat dan kemasan. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memilih piawaian ECE atau DOT serta jenis topi keledar.

batch_Veldt-helmets-custom-mekanika2

Topi keledar Veldt Mark I jenis open face yang diperbuat daripada gentian karbon dan hanya seberat 900 gram ditawarkan pada harga bermula AS$430 (RM1,773) seunit.

Kemudian anda boleh menambah grafik, warna, menetapkan material kemasan dalaman topi keledar dan warna tali. Ada 68 warna untuk dipilih sama ada berkilat, matte, metalik, bling-bling atau jenis foil.

batch_Veldt-helmets-custom-mekanika5

Pelanggan boleh menambah warna kedua sebagai pembayang, grafik lain atau laquer untuk menyerlahkan lagi perincian gentian karbonnya. Program Pesanan Khas Veldt membolehkan pelanggan memasukkan apa jua grafik. Tidak kiralah gambar Chihuahua anda, jenama motosikal dan sebagainya.

Dengan menambah satu visor, harga topi keledar ini bermula AS$500 (RM2,062). Masukkan bar dagu, harganya meningkat menjadi AS$570 (RM2,350).

batch_Veldt-helmets-custom-mekanika

Kemudian tambah lagi visor untuk jadikan topi keledar muka penuh, harganya ialah AS$660 (RM2,722). Bergantung kepada pilihan seterusnya, harga topi keledar anda boleh meningkat sehingga AS$1,700 (RM7,011) seunit.

Mahal supo bedil ni, marah Abe We nanti. Tapi boleh la kerek kat kawan-kawan lain yang anda reka sendiri topi keledar ni.

Google ads
Back to top button