Buletin

PERLUMBAAN TOYOTA GAZOO RACING PUSINGAN KE-4 DI SIC AKAN DILAKUKAN SECARA TERTUTUP

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan bahawa perlumbaan pusingan ke-4 musim ketiga Toyota Gazoo Racing Festival akan dijalankan secara tertutup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 18 dand 19 April 2020.

Langkah itu diambil sebagai tanda keprihatinan UMW Toyota Motor terhadap kesejahteraan krew, pelumba dan pasukan lumba.

Acara itu tidak lagi dibuka kepada orang awam. Hanya ahli krew, pelumba dan pasukan akan dijemput untuk menamatkan perlumbaan.

Pihak penganjurkan juga akan menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas pelumba, ahli pasukan dan krew sebelum memasuki premis.

“Kami yakin para peminat memahami situasi sekarang. Semua perlumbaan bagaimanapun akan disiarkan secara langsung di laman Facebook dan Youtube Toyota.

“Kami ingin menjemput semua untuk terus menyokong pasukan dan selebriti pilihan masing-masing sewaktu perlumbaan ini berlangsung,” kata Ketua Pegawai Suka Bermotor UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Maklumat lanjut dan kemas kini mengenai TGR Festival boleh didapati di: toyota.com.my/tgrmalaysia/

Tags
Google ads
Back to top button