Buletin

MINI TRACK DAY 2020. SYOK PANDU UJI JENTERA MINI JCW DI SIC

MINI Malaysia baru-baru ini menganjurkan MINI Track Day 2020 di Litar Antarabangsa Sepang.

“MINI Track Day 2020 membuktikan janji kami. Pada masa yang sama, menyuntik keterujaan dalam kalangan peserta. Kami berbesar hati untuk membawakan satu lagi pengalaman yang menarik buat para peminat MINI pada tahun ini,” ujar Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi.

MINI Track Day 2020 menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Para peserta berpeluang menguji kemahiran memandu masing-masing dalam sesi memandu MINI John Cooper Works (JCW) Track Experience dan MINI Driving Experience.

Mereka memandu beberapa jentera model JCW MINI berkuasa tinggi. Selain dapat menyelami legasi JCW dan melihat jentera klasik JCW MINI secara lebih dekat.

Jentera yang dipandu semasa sesi MINI JCW Track Experience terdiri daripada MINI John Cooper Works Countryman 306HP dan MINI John Cooper Works Clubman 306HP.

Tidak ketinggalan, model-model 3 pintu dan 5 pintu lain yang hadir dengan DNA sukan permotoran luar biasa.

Sesi MINI Driving Experience pula membolehkan para peserta merasai sendiri kualiti kenderaan MINI dari segi keselamatan, prestasi dan pemanduan yang menyeronokkan.

Mereka juga menikmati pengalaman membuat belokan brek tangan pada kelajuan tinggi, menonjolkan aspek pengendalian cemerlang kenderaan MINI, lengkap dengan teknologi dan ciri-ciri keselamatan terbaik.

Apa yang lebih penting, para pemandu dapat meningkatkan kemahiran memandu. Selain mencerap ilmu mengenai kaedah pengendalian dan pemanduan kenderaan yang betul dalam situasi kritikal.

Turut dipamerkan buat pertama kali ialah MINI Countryman Blackheath Edition. Varian MINI Countryman edisi terhad yang hadir dengan tema rekaan semua hitam. Ia mengambil inspirasi daripada rimba gelap Blackheath yang terletak di tenggara London, United Kingdom.

GALERI

Google ads
Back to top button