Buletin

SYM VF3i 185 LE SUDAH TERJUAL 70%. KALAU MINAT BAIK TEMPAH SEKARANG

MForce Bike Holdings melakar pertumbuhan memberangsangkan apabila lebih 2,500 unit motosikal VF3i 185 LE didaftarkan selepas dilancarkan secara rasmi pada Mei lalu.

Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings, Asri Ahmad memberitahu sambutan yang diterima bagi model itu adalah di luar jangkaan. 

VF3i 185LE merupakan model kapcai pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS), selain beberapa naik taraf pada bahagian enjin berbanding sebelumnya.

“Kami sedaya upaya cuba memenuhi tempahan pelanggan secara berperingkat sedikit masa lagi bagi menjamin kualiti produk yang terbaik. Sehingga hari ini, pihak kami telah pun menerima tempahan pelanggan lebih tujuh puluh peratus sejak dilancarkan” katanya.

Asri turut menegaskan bahawa pengeluaran model tersebut akan dikekalkan sebanyak 5,000 unit sahaja, walaupun permintaan terhadap VF3i 185 LE sekarang sangat memberangsangkan.

Beliau berharap para pembeli dapat bersabar sepanjang tempoh menunggu. Pelanggan yang ingin memiliki model terhad itu bolehlah membuat tempahan di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.

VF3i 185 LE ditawarkan harga jualan RM9,338 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Pembeli akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (mana-mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen stas talian oleh MForce Bike Holdings.

Tags
Google ads
Back to top button