Buletin

CATAT LEBIH 5,000 TEMPAHAN, TEMPOH MENUNGGU MITSUBISHI XPANDER CECAH 8 BULAN. BETUL KE?

Selepas sekian lama menunggu, pengguna di Malaysia akhirnya berpeluang untuk membeli model MPV terkenal Mitsubishi Xpander.

Dilancarkan secara rasmi pada November 2020, Xpander terus menjadi antara jentera paling diminati di pasaran selain Proton X50.

Jadi, tidak hairanlah jika jumlah tempahan kini sudah melebihi 5,000 unit. Angka itu sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding sasaran jualan yang ditetapkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) iaitu 500 unit sebulan.

Harus tahu bahawa kapasiti pengeluaran Xpander di kilangnya di Pekan Pahang ialah 500 unit sebulan, ini membuatkan pelanggan terpaksa menunggu lebih lama untuk menerima kenderaan mereka.

Buat masa sekarang, tempoh menunggu ialah sekitar 4 hingga 5 bulan. Namun, ada yang memberitahu tempoh itu boleh jadi lapan bulan, terutama jika anda memilih warna putih.

Apa pun, anda perlu mendapatkan sendiri pengesahan daripada wakil penjual sah Mitsubishi ketika membuat tempahan.  

Memang lama, tetapi penantian anda itu pasti berbaloi kerana Malaysia menerima spesifikasi paling tinggi berbanding negara-negara lain seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Xpander ditawarkan pada harga RM91,369 jentera yang tampil dengan bahasa rekaan Dynamic Shield itu dikuasakan oleh enjin MIVEC bersesaran 1.5 liter.

Mampu menjana sehingga 105PS dan 141Nm, kuasa itu disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik empat kelajuan.

Selain hadir dengan ruang dalaman yang luas untuk 7 orang penumpang, Xpander dilengkapi pelbagai ciri menarik. Antaranya termasuklah sistem audio dengan skrin sentuh bersaiz 9 inci, Pemantauan Sekeliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR), tempat duduk dibalut kulit dan banyak lagi.

Google ads
Back to top button