Modifikasi

KEICAR MOD – KANCIL MODERNO

Sejak diperkenalkan pada tahun 1990-an, kereta kei pertama keluaran tempatan ini pantas mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

DSC_3789

Dengan harga yang murah dan saiz kompak, kereta ini mula mendapat tempat di garaj parkir golongan muda yang baru bekerja atau menjadi hadiah dapat masuk universiti.

Memang bukan satu rahsia bahawa Kancil dibina berdasarkan model Daihatsu Mira. Maknanya, apa sahaja aksesori Daihatsu Mira boleh digunakan pada Perodua Kancil.

BACA – KEICAR MOD KANCIL L512

BACA – THE RED AVANZATO-R

Di sinilah bermulanya kegilaan rakyat Malaysia mengubah suai Kancil mereka. Kegilaan terhadap kereta kecil ini rupa-rupanya tak pernah padam, biarpun mungkin sedikit suram berbanding 10 tahun lalu. Tetapi peminatnya masih ramai dan tak pernah putus.

Pengalaman mengubah suai Kancil sejak lebih sedekad lalu membuatkan wujud  ramai pakar modifikasi kereta ini. Daripada ubah suai untuk tujuan perlumbaan mahupun kosmetik.

DSC_3822

Pemilik Kancil ini namanya Bob. Jalan modifikasi yang dipilih ialah aksesori JDM yang terbaik. Kebanyakan modifikasi Kancil bermula di ruang enjin. Sebabnya,  enjin asal Kancil, tak kira la 660cc atau 850cc memang lari macam siput. Jadi, Bob menggantikan enjin asal dengan enjin L200S turbo.

Enjin diubah suai dengan menggantikan penapis udara pod terbuka dan semua hos-hos getah enjin diganti dengan hos silikon buatan Samco. Ekzos pula diganti dengan paip ekzos custom 2 inci dengan peredam bunyi RSR.

DSC_3807

Kuasa 64hp yang mampu dihasilkan dari enjin ni disalurkan kepada kotak gear automatik 4 kelajuan yang datang dengan LSD.

Untuk mengekalkan keselesaan dan membantu pengendalian, Bob menggunakan set penyerap hentak OEM Mira L200 untuk mendapatkan kerendahan yang diingini. Brek standard Mira L200 pun disalin masuk ke Kancil bagi tujuan keselamatan.

DSC_3796

Bob menggunakan set rim BBS RS berdiameter 15 inci yang dicat dengan warna ungu. Rim yang agak besar itu dibalut dengan tayar Atract 165/50/15 jenis semi-slick yang sememangnya nampak jahat apabila dikenakan dengan rim BBS.

Berbeza dengan ‘hardcore’ Kancil yang gemarkan aksesori Mira L500, Bob lagi suka layan aksesori asli model L200, dari panel luar sampailah ke tempat duduk.

DSC_3808

Untuk pemilihan bodykit, Bob memilih bodykit lengkap Mira L200 Moderno yang sebenarnya sepupu paling rapat dengan Perodua Kancil. Awat saya kata macam tu? Sebabnya lampu depan dan belakang, hatta bonet depan sekalipun rekaannya sama dengan barang asal Kancil.

Hanya bampar diperlukan untuk menukar wajah depan Kancil ini menjadi Mira Moderno. Lampu Kancil dan fender tepi asal kalau tak tukar pun boleh.

DSC_3797

Tapi untuk kereta Bob, semuanya disalin dengan panel asli Mira Moderno Limited yang terkenal dengan bampr depan spotlight ‘ketam’. Aksesori JDM lain yang boleh dilihat ialah lips bampar depan jenis gentian karbon, ‘lintah’ bampar krom, cermin sisi krom dan rak bumbung buatan Terzo.

Warna hijau terang menjadi pilihan sebab warna ni sememangnya memanggil-manggil orang untuk menoleh ke arahnya.

DSC_3820

Di bahagian dalam, semua tempat duduk diganti dengan tempat duduk Mira Pico. Papan pemuka pula disalin terus daripada half-cut enjin L200S.

Apa yang menarik ialah corong pendingin hawa papan pemuka ini yang dipasang dengan corong extension. Saya baru tau itu aksesori JDM yang super rare untuk Mira L200.

Dari segi aksesori elektronik, Kancil ini dipasang dengan RSM A’PEXi, meter boost Defi STi Genome, turbo timer HKS dan penstabil voltan Pivot V.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button