Motosikal

YAMAHA M-SLAZ DILANCARKAN DI THAILAND

Yamaha Motor Company Thailand (Yamaha Thailand) rasmi melancarkan model street fighter M-Slaz 150 pada Thailand International Motor Expo 2015.

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika

Di pasaran Thailand M-Slaz ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu kelabu-hijau, hitam, biru-putih dan merah-hitam.

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika (5)

Yamaha Thailand turut menawarkan harga promosi sehingga 31 Januari hadapan. Bagi mereka yang membeli M-Slaz pada harga 89,500 baht (RM10,582) akan menerima bag MLB-SLAM secara percuma.

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika (3)

Dari segi dimensi, M-Slaz memiliki panjang 1955mm, 795 mm lebar dan 1065 mm tinggi. Jarak rodanya pula ialah 1350 mm bersama kelegaan tanah 164mm. Tinggi pelana 805 mm memudahkan pengendalian terutamanya bagi mereka yang rendah.

Model street-fighter itu berdasarkan rangka Deltabox R15. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi fork upside down 37mm di hadapan dan monoshock di belakang. Yamaha M-Slaz dipadankan dengan tayar bersaiz 110/70/R17 di hadapan dan 130/70/R17 di belakang.

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika (1)

Soal mekanikal, jentera itu dijana enjin sama seperti R15. Iaitu 149.8 cc satu silinder sejukan cecair pancitan bahan api SOHC. Pada laman web rasmi Yamaha Thailand masih belum mendedahkan kuasa M-Slaz.

Namun dijangkakan kuasa yang dihasilkan ialah 17PS @ 8,000 dan tork 15Nm @ 7,500 rpm. Penghantaran kuasa lancar ke roda dibantu kotak gear 6-kelajuan.

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika (4)

Penampilan M-Slaz cukup segak dan bakal menarik ramai pembeli muda. Ia turut didatangkan dengan ciri terkini antaranya lampu hadapan LED sepenuhnya (pertama dalam segmennya) dan konsol instrumen LCD penuh dengan pencahayaan latar LED.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button