
PERODUA RANCANG JUAL KERETA TERPAKAI KE LUAR NEGARA
Sebagai antara jenama paling popular di Malaysia, sudah tentu Perodua mempunyai jumlah kereta yang banyak di seluruh negara.
Bagi membolehkan pelanggan sedia ada untuk menaik taraf atau menukar kereta lama mereka dengan model terbaharu, Perodua ada saluran sendiri bagi menjual kereta terpakai iaitu Perodua Pre-Owned Vehicle (POV).
Namun, persoalan yang timbul, apa yang ingin Perodua buat ke atas kereta terpakai yang tidak habis dijual? Ini jawapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Berdasarkan kepada pelan jangka masa panjang mengenai kereta terpakai, Perodua kini sedang melihat kemungkinan sama ada kami boleh mengeksport kereta terpakai ini ke negara lain. Buat masa sekarang, kami sudah mengkaji sebuah negara, tetapi saya tidak boleh umumkan lagi.
“Kami juga telah menghantar beberapa buah kereta ke sana untuk membuat kaji selidik pasaran, penilaian harga, penerimaan pengguna dan sebagainya,” jelasnya.
- BACA: PERODUA KEKALKAN HARGA ALAT GANTI. BERI JAMINAN TIADA KENAIKAN SETAKAT INI
- BACA: INI CARA PERODUA PASTIKAN PRODUKSI ALAT GANTI TIDAK SANGKUT, KALAU PEMBEKAL KENA COVID-19
- BACA: PERODUA TERIMA 14,600 TEMPAHAN MYVI FACELIFT. SASAR JUALAN 240K UNIT KENDERAAN PADA 2022
- BACA: PERODUA MINTA MAAF. SASAR JUALAN 30K UNIT PADA DISEMBER 2021








