Buletin

KUMPULAN PERTAMA ORA GOOD CAT SUDAH SAMPAI, SEDIA UNTUK DIHANTAR!

Penantian akhirnya berakhir untuk pemilik kumpulan pertama ORA GOOD CAT. GWM Malaysia telah menerima maklum balas positif daripada pelanggan sejak dilancarkan pada bulan lalu.

ORA GOOD CAT baru-baru ini memenangi “Most Anticipated Newcomer of the Year” di Carlist.my Editors’ Choice Awards –  Car of the Year 2022 dengan gaya futuristik yang menarik perhatian.

Kereta elektrik sepenuhnya itu dijual pada harga bermula daripada RM139,800 untuk varian 400 Pro, manakala varian 500 Ultra dijual pada harga RM169,800.

GWM turut memperkenalkan pakej ‘4-dalam-1 Purr-fect’ di mana pembeli Ora Good Cat bakal menerima pengecas mudah alih serta rumah percuma, waranti 5 tahun atau sehingga 150,000km, waranti bateri 8 tahun atau sehingga 180,000km dan 5 kali kos buruh servis percuma.

Pelanggan kini boleh melihat dan memandu uji ORA GOOD CAT di pengedar sah yang ditetapkan GWM di Glenmarie, Puchong serta Pulau Pinang.

Maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web GWM Malaysia: https://www.gwm.com.my atau hubungi pusat panggilan GWM di 1800-18-2882.

Sebagai alternatif, anda boleh menghantar sebarang pertanyaan kepada pasukan sokongan perkhidmatan pelanggan rasmi di [email protected].

Google ads
Back to top button