TRAK PIKAP ELEKTRIK BAHARU UNTUK CHINA – DONGFENG RICH 6 EV, RM175K
Pasaran untuk trak pikap elektrik nampaknya semakin berkembang pesat di China. Terbaharu ialah model Dongfeng Rich 6 EV yang dikemas kini dan mendapat rangkaian kuasa tambahan selepas memperkenal Rich 6 berkuasa petrol pada 2020.
Dimensi Dongfeng Rich 6 EV ialah 5290/1850/1820mm dengan jarak roda 3150mm. Sementara ruang kargo pula berukuran 1510/1562/474mm dan mempunyai kapasiti muatan maksimum 905kg.
Bahagian dalaman dikemaskan dengan warna hitam dan kelabu serta beberapa garis biru untuk menghidupkan suasana. Seperti lazimnya, kebanyakan kereta elektrik China dihiasi perincian berwarna biru.
Stereng pula adalah tipikal untuk sebuah trak pikap gaya pekerja, selain dilengkapi panel instrumen digital dan sistem infotainmen asas tetapi mempunyai ciri Baidu CarLife. Ruang belakang cukup luas untuk memuatkan tiga orang penumpang dewasa.
Reka bentuk secara keseluruhan trak pikap itu agak bagus. Namun ada sesuatu yang ganjil di bawah bampar belakang iaitu kelihatan motor tergantung rendah di antara roda.
Meskipun ia adalah perkara biasa untuk kereta elektrik murah, tetapi sebenarnya hal seperti itu jarang berlaku pada trak pikap. Lebih mengejutkan lagi, terdapat juga pendawaian elektrik di bahagian yang sama dan kelihatan agak berbahaya.
Dongfeng menjual dua versi Rich 6 EV iaitu pacuan roda belakang yang dikuasakan oleh motor tunggal berkuasa 163hp dan dan 420Nm.
Kelajuan maksimum bagi versi pertama ialah 100km/j yang dilengkapi pek bateri LFP berkapasiti 6 kWj untuk jarak pemanduan sejauh 350 kilometer.
Versi kedua adalah pacuan roda belakang yang dijana oleh motor tunggal berkuasa 177hp dan tork 450Nm.
Kelajuan maksimum Rich 6 EV versi kedua adalah 120km/j yang dibekalkan dengan pek bateri LFP berkapasiti 77kWj untuk jarak pemanduan 453 kilometer.
Dongfeng Rich 6 EV dijual pada harga sekitar AS$39,098 hingga AS$47,793 USD (RM175,002 – RM213,921), lebih mahal berbanding versi ICE, AS$28,230 (RM126,357).
GALERI:
- BACA: LORDSTOWN MULAKAN PRODUKSI TRAK PIKAP ELEKTRIK ENDURANCE, BARU 3 UNIT KELUAR KILANG
- BACA: RADAR RD6 – TRAK PIKAP ELEKTRIK, JARAK GERAK 600 KM, GUNA PLATFORM GEELY SEA
- BACA: GM CATAT SAMBUTAN MEMBERANGSANGKAN UNTUK TRAK PIKAP ELEKTRIK GMC HUMMER EV, SILVERADO EV
- BACA: GEELY LANCAR TRAK PIKAP ELEKTRIK RADAR AUTO RD6, JARAK GERAK 600KM