TERKINI: HONDA SAH BANGUNKAN JENTERA 4-SILINDER 400CC, PATENKAN NAMA CBR400R FOUR
Sebelum ini, idea menghasilkan jentera empat silinder 400cc dilihat sebagai sekadar angan-angan sehinggalah Kawasaki memperkenalkan Ninja ZX-4R dan ZX-4RR untuk pasaran global.
Ninja ZX-4R dan ZX-4RR bingkas mencuri perhatian ramai ekoran menawarkan 79.1hp (dengan bantuan Ram-Air) dan mampu ‘rev’ sehingga 16,000rpm.
Sebaik Kawasaki menawarkan Ninja ZX-4R dan Ninja ZX-4RR, peminat motosikal dunia mengharapkan jenama lain terutamanya Honda turut sama memeriahkan segmen berkenaan.
Akhirnya Honda menghadirkan berita baik apabila pengeluar motosikal Jepun itu dikenal pasti telah mempatenkan nama CBR400RR Four pada 27 Ogos lalu di Jepun.
Persoalanya, apakah bukti CBR400R Four merujuk kepada jentera 4-silinder 400cc? Ini kerana CBR400R telah pun ditawarkan ketika ini namun dikuasakan enjin parallel-twin 399cc. Ini bermakna penggunaan nama CBR400R Four adalah bertujuan untuk membezakan dengan model dua silinder tersebut.
Apa yang pasti, Honda sedang membangunkan projek CBR400R Four dan kelibat model itu pastinya akan memberi saingan pada Ninja ZX-4R dan ZX-4RR.