
PESAWAT RINGAN TERHEMPAS DI BANDAR ELMINA, TIGA DIKHUATIRI MAUT
Sebuah pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan kawasan perumahan Seksyen U16, di Bandar Elmina.
Kejadian tersebut turut tular di media sosial yang memperlihatkan gambar dan video asap hitam di kawasan kejadian.

Setakat ini difahamkan tiga individu terkorban dalam insiden berkenaan membabitkan juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang penunggang motosikal, dipercayai dirempuh pesawat berkenaan ketika ia terhempas di lebuh raya.
Pesawat ringan itu dipercayai model Fouga CM-170 Magister dikatakan dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang.

Seorang saksi yang menceritakan nahas itu berkata, dia menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget sebelum terdengar bunyi dentuman kuat.
“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai,” kata saksi dikenali sebagai Syahmi, 31.
“Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa.” – Berita Harian
- BACA: NETIZEN PUJI TINDAKAN MATANG SELEPAS PELANGGARAN, PEMILIK LAMBORGHINI MAAFKAN WARGA EMAS
- BACA: KONTRAK DITAMATKAN, PESTECH RUJUK UNDANG-UNDANG
- BACA: POLIS SITA 12 MOTOSIKAL DITUNGGANG WARGA ASING – TIADA LESEN, UBAH SUAI EKZOS
- BACA: KEMALANGAN MAUT, PEMANDU TRELER MILIKI 13 SAMAN TRAFIK SEJAK 2010









