Buletin

PKPB DI SELURUH KL, SELANGOR DAN PUTRAJAYA BERMULA 14-27 OKTOBER

Berikutan peningkatan kes Covid-19 yang kian memuncak sejak kebelakangan ini, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PKPB akan dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang medianya yang disiarkan melalui Facebook hari ini.

“Sidang khas hari ini mendengar pengesahan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) berhubung  peningkatan kes-kes positif di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan dearah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala  Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020,” katanya.

Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh PKPB:

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu merentas daerah harus menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan
  • Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
  • Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.

SOP yang lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat, kata Ismail Sabri. – MalaysiaGazette

Google ads
"
"
Back to top button