Buletin

ENGGAN BENAR CERMIN TINGKAP DIPECAHKAN, BAYI MALANG MAUT DALAM KERETA

Seorang bayi perempuan maut akibat lemas di dalam sebuah kereta kerana bapanya enggan membenarkan tingkap kenderaannya itu dipecahkan oleh pasukan penyelamat.

Bayi malang berkenaan dilapor meninggal dunia selepas lebih sejam berada dalam kereta pada waktu tengah hari dan cuaca panas. Lelaki berkenaan, Sidney Dael, 27, pada awalnya cuba mendapatkan bantuan daripada pegawai polis untuk menyelamatkan anaknya, Sayah Dael. 

Deal menolak apabila polis mahu memecahkan cermin tingkap, memanggil trak tunda atau tukang kunci.

Deal yang mendakwa pendingin hawa kereta itu masih berfungsi sebaliknya menghubungi seorang saudara kandung lelakinya. Deal juga menghalang saudara lelakinya itu daripada memecah cermin tingkap kereta. 

Kekasih Deal memberitahu polis dia ada menghubungi sebuah syarikat insurans, tetapi dia tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan untuk mendapatkan sebuah trak tunda.

Namun, polis akhirnya bertindak memecahkan cermin tingkap dan membawa keluar bayi yang didapati sudah meninggal dunia di tempat kejadian. 

Deal kemudian ditahan di Pusat Tahanan Daerah Clark atas dakwaan penderaan atau memudaratkan bayi. Dia dikenakan dengan bon jaminan berjumlah AS$20,000 (RM83,110). – Agensi 

Google ads
Back to top button