Buletin

POLIS JUMPA DUA BEG BERISI RM12.5 JUTA DALAM BONET KERETA

Seorang lelaki didakwa melakukan pengubahan wang haram selepas polis menemui wang tunai lebih AUS$4 juta (RM12.47 juta) di dalam bonet sebuah kereta di Calamvale, Queensland, pada pagi 20 November lalu.

Polis Queensland berkata, ketika kejadian, suspek kelihatan dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kenderaan yang diletakkan di Jalan Ormskirk pada kira-kira 5 pagi pada hari Sabtu sebelum pihak polis melakukan siasatan.

Ketika pihak polis mendekati suspek, dia sedang meletakkan beg pakaian besar di dalam bonet kenderaan.

Bagaimanapun,  dia kelihatan gugup dan cuba mengelak apabila diajukan soalan.

Di dalam kenderaan itu, polis menemukan sejumlah wang tunai bernilai AUS$4 juta (RM12.47 juta) yang dibungkus plastik di dalam dua buah beg.

Suspek, seorang penduduk New South Wales, telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dan kegagalan untuk mematuhi Arahan Kesihatan Awam Covid -19. –9news

Google ads
Back to top button