Artikel Pilihan

POLIS SITA MERCEDES PEROMPAK DILENGKAPI TEKNOLOGI JAMES BOND – KAT MANA DIA BELI NI

Pasukan polis di Irvine, California merampas sebuah Mercedes-Benz daripada dua suspek rompakan selepas menerima maklumat daripada penduduk setempat. Menariknya kereta tersebut dilengkapi dengan gajet yang mungkin akan membuatkan Q dari M15 merasa bangga. Mahu taknya, dengan satu suis sahaja nombor pendaftaran kereta ini akan bertukar sekaligus mambantu dalam usaha melepaskan diri dari kejaran pihak lawan.

Suspek memang seolah-olah watak utama filem 007 menurut seorang pegawai polis Irvine. Biasanya teknologi ini hanya dilihat dalam wayang dan belum pernah ada di jalan raya.

Jabatan polis Irvine turut memuatkan naik satu video menunjukkan cara alat tersebut berfungsi. Best jugak tengok benda-benda canggih macam ni. Rasanya kalau dipasang pun mesti ada niat tak baik kan? Ye lah nombor pendaftaran kereta ni bukannya boleh ditukar-tukar macam tu je.

Gajet tersebut mungkin digunakan untuk mengelakkan diri dari dikejar pihak berkuasa ataupun sebagai samaran dalam kegiatan jenayah mereka. Alah taktik pakai nombor pendaftaran palsu ni memang dah lama orang buat cuma kali ini ia lebih canggih.

Tapi kalau difikirkan agak kelakar jugak sebab rim yang digunakan oleh kereta ini sebenarnya agak menonjol. Sepuluh batu pun orang dah kenal kot. Lainlah kalau pakai rim standard. Susah jugak kalau dah berjiwa kaki kereta ni kan?

Selain daripada gajet tersebut, polis juga menemui satu lagi alat yang digunakan untuk memindahkan petrol dari sumber lain terus kedalam tangki petrol kereta ini. Fuh agaknya petrol pun curi dari tangki kereta lain ni. Nampaknya kenaikan harga minyak dunia turut dirasai oleh persatuan perompak di seluruh dunia.

Polis turut menemui peralatan yang digunakan untuk merompak, hasil rompakan dan bukti pemalsuan identiti di dalam kereta tersebut. Dua suspek dari Garden Grove diberkas dan dikenakan dakwaan curi kereta, curi identiti, pemilikan hasil rompakan dan peralatan untuk merompak dan samun kenderaan. Fuh memang tua dalam penjaralah jawabnya.

Rasanya menjadi bijak ni tak salah tapi kalau digunakan untuk tujuan macam dua suspek ni memang tak betullah. Nak tengok filem James Bond tu okey tapi tengok sekadar untuk hiburan atau inspirasi positif la. Bakat yang ada jangan disalah guna.

Kredit carscoops.com

Google ads
Back to top button