
POLIS UK ‘JAHANAMKAN’ BMW M3 TOURING KUSTOM
Polis United Kingdom (UK) menghancurkan jentera BMW M3 Touring berwarna hijau terang selepas didapati ia dibangunkan menggunakan alat ganti curi dari pelbagai M3.
Pihak berkuasa Britain mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan terbabit apabila menyedari plat pendaftaran didaftarkan pada 3-Series diesel.
Selepas melakukan siasatan, bukan sahaja bahagian luaran yang telah dibikin tetapi menggunakan enjin M3.
Bahkan, komponen-komponen pada kenderaan itu menggunakan tidak lebih daripada empat model 3-Series termasuk dua M3 yang telah dicuri.

Dalam video dihantar di YouTube, pegawai trafik dari West Midlands mendedahkan enjin dan gear dipercayai berasal daripada dua M3 yang dicuri di kawasan setempat.
Jentera M3 pertama dilaporkan dicuri pada Mac 2018 di Sutton Coldfield manakala kedua pula dari pengedar All Saints, Wolverhampton pada 30 September 2019.
Dalam pada itu, bahagian badan utama dan bunbung panoramik menggunakan dua model 3-Series.
“BMW berkenaan kelihatan tiada cacat cela pada bahagian luaran tetapi terdapat kesan calar di bawah venir dan label hanya dikimpal serta tidak selamat dari segi struktur.
Konstabel Mark Wheaver dari Kumpulan Polis Lebuh Raya Tengah memberitahu, sesiapa yang membikin kenderaan tersebut telah berusaha untuk merahsiakan identiti sebenar kereta itu.
“Bagaimanapun, kita memiliki pakar kenderaan yang menggunakan teknik tersendiri dalam berdepan masalah sedemikian,” katanya. – carscooops
- BACA: BUAT SERBUAN DI RUMAH PENGEDAR GANJA, POLIS JUMPA PULUHAN UNIT SUPRA, BMW M3, SKYLINE DAN EVO
- BACA: BMW M3 E46 DIJUAL PADA HARGA RM370,400 – MODEL KLASIK JERMAN DAH MULA NAIK HARGA?
- BACA: BMW X7 TOM CRUISE KENA REMBAT KETIKA PENGGAMBARAN MI7
- BACA: BMW M 1000 RR MASUK PASARAN MALAYSIA. RM249,500 SEUNIT