Buletin

TOYOTA LANCAR CAMRY BLACK EDITION DI PASARAN JEPUN. SEMPENA ULANG TAHUN KE-40 CELICA CAMRY

Dunia automotif cukup sinonim dengan kelahiran model edisi khas black edition malah menjual jentera tersebut pada harga premium kepada para pelanggan.

Terbaharu, pengeluar kereta, Toyota melancarkan model Camry Black Edition sempena ulang tahun ke-40 kelahiran Celica Camry di Jepun.

Toyota Camry Black Edition menampilkan luaran lebih gelap dengan gabungan ciri-ciri sporty serta kabin dalaman mewah.

Didatangkan tiga pilihan warna badan iaitu hitam (Precious Black Pearl), putih (Platinum White Pearl Mica) dan merah (Emotional Red II).

Bagi pelanggan yang membuat pemilihan warna putih dan merah, mereka boleh menikmati dua tona warna dengan bumbung didatangkan bersama warna hitam (Attitude Black Mica).

Selain daripada itu, Camry Black Edition dilengkapi rim aluminium 18 inci, bahagian bawah gril hapadan lebih sporty dan dekorasi moden pada lampu hadapan dan belakang.

Di kabin pula, ia menampilkan rekaan dalaman standard JDM berwarna merah dan hitam.

Papan pemuka, tempat duduk, panel pintu dan bahagian tempat letak tangan diperbuat daripada kulit menterjemahkan lagi kemewahan model edisi khas ini.

Sistem bantuan pemanduan turut dipertingkatkan berbanding Camry sebelum ini termasuk Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Auto Brake dan Parking Support Brake yang menjadi ciri standard model masa kini.

Begitupun, ia masih mengekalkan enjin THS II 2.5 liter hibrid. Model Camry Black Edition 2WD dijual pada harga AS$39, 790 (RM 166,739) manakala varian E-Four AS$41,660 (RM174,576).

GALERI

Google ads
Back to top button